Pasal kami

Dibina oleh ejen,
untuk ejen takaful

AgentKit bermula daripada masalah nyata yang pengasas sendiri hadapi sebagai ejen takaful. Bukan syarikat teknologi besar yang cuba masuk industri — kami dari dalam industri itu sendiri.

Kisah pengasas

Masalah bermula di WhatsApp jam 11 malam

Pada awal kerjaya sebagai ejen takaful, pengasas AgentKit menghabiskan antara 3 hingga 4 jam setiap malam untuk balas mesej WhatsApp daripada prospek. Bukan kerana malas — tetapi kerana setiap mesej memerlukan rujukan brosur produk yang berlainan, semakan quotation, dan draf yang perlu ditulis semula berkali-kali.

"Saya ada 47 prospek aktif pada satu masa. Ada yang bertanya tentang manfaat critical illness produk A, ada yang nak bandingkan dengan produk B. Saya kena buka 3 fail PDF berbeza, scroll sampai jumpa jawapan, pastu tulis semula dalam bahasa yang mesra. Setiap malam."

"Masalahnya bukan malas — masalahnya tiada alat yang faham konteks kerja ejen takaful Malaysia."

— Zaini Afzan, Pengasas AgentKit

CRM generik ada banyak di pasaran. Tetapi tiada satu pun yang faham konsep takaful, bahasa Melayu, atau cara kerja ejen lapangan Malaysia yang bergantung kepada WhatsApp sebagai saluran utama. Jadi kami bina sendiri.

AgentKit mula dibina pada April 2026 sebagai alat dalaman, kemudian berkembang menjadi SaaS penuh apabila beberapa rakan ejen menyatakan minat untuk menggunakannya. Hari ini, ia terus dibina dengan maklum balas langsung daripada kohort ejen pioneer yang sedang menguji platform.

200+

Ejen pioneer berminat

50K+

Draf WA dijana AI

Lebih laju tutup polisi

2026

Tahun diasaskan

Misi kami

Supaya setiap ejen takaful Malaysia boleh bersaing dengan pasukan besar

Syarikat insurans besar ada ratusan kakitangan, sistem IT canggih, dan bajet pemasaran berbilion ringgit. Ejen individu cuma ada nombor WhatsApp dan semangat. AgentKit hadir untuk menutup jurang ini — memberikan ejen solo dan agency kecil kuasa teknologi yang setara.

Kami percaya AI bukan untuk gantikan ejen — AI untuk membuang kerja berulang supaya ejen boleh fokus pada perkara yang paling penting: membina kepercayaan dengan pelanggan.

"AI jaga draf, ejen jaga manusia. Itulah falsafah teras AgentKit."

Nilai teras

Prinsip yang kami pegang

Jujur tentang had kami

AgentKit bukan CRM untuk semua industri. Kami fokus pada satu segmen sahaja — ejen takaful Malaysia — dan kami buat ia dengan baik.

Kelajuan yang dihormati

Masa ejen adalah berharga. Setiap ciri yang kami bina diukur dengan soalan: "Adakah ini jimatkan masa ejen atau buang masa mereka?"

Telus dengan data

Data prospek awak milik awak. Kami tidak jual, kongsi, atau gunakan data pelanggan untuk tujuan lain. Mematuhi Akta 709 secara sepenuhnya.

Pasukan

Kecil, berfokus, bergerak laju

Kami pasukan kecil yang percaya bahawa produk yang baik dibina dengan close contact dengan pengguna — bukan dengan ratusan meeting.

Zaini Afzan

Pengasas & Ketua Produk

Bekas ejen takaful. Full-stack engineer. Bina AgentKit untuk selesaikan masalah yang pernah dia hadapi sendiri di lapangan.

Anda mungkin yang seterusnya

Kami sedang cari orang yang passionate tentang takaful dan teknologi.

Lihat kekosongan

Perjalanan AgentKit

Dari idea ke produk nyata

  1. April 2026 — Permulaan

    AgentKit diasaskan. Kod pertama ditulis. Playground codebase di-port dan WhatsApp Copilot v1 siap untuk ejen pioneer.

  2. Mei 2026 — AI moat dibina

    Best Next Action (BNA), Close Probability Engine, Branching Cadence, Objection Memory Layer, dan KB AI dengan citation — 19 bounded context.

  3. Jun 2026 — Sasaran pelancaran pioneer

    Pelancaran pioneer ke ejen takaful terpilih. Maklum balas lapangan akan menentukan roadmap suku tahun seterusnya.

  4. Q3 2026 — Akan datang

    iOS app v2, Meta Ads API integrasi penuh, Changelog publik, dan onboarding pasukan besar pertama (GA/UM).

Jadi sebahagian daripada perjalanan ini

Personal plan percuma. Team plan ada 14 hari trial. Tiada risiko.